Ads

Wednesday, February 16, 2011

Fashionista kah??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua!!

Ya!! Lukisan baru, entri baru! Tiba-tiba dapat ilham nak lukis gambar ni. Ilhamnya datang daripada blogger-blogger popular dan wanita-wanita di sekeliling. Yahaha! Mereka ni ada yang jual pakaian-pakaian dan aksesori perempuan secara online, menjadi model part time, entri-entri dan gambar-gambar yang diorang letak dalam blog diorang memang menarik dan memang diorang ni ada rupa. Ada rupa tu maksudnya cantik, lawa dan yang seumpama dengannya. Tapi taknak la letak nama-nama diorang kat blog aku tanpa kebenaran kan. Rasa-rasanya korang pun dah kenal dengan blogger-blogger perempuan yang popular ni, yang ‘follower’ diorang lebih daripada 20, 000 orang! Tapi lebih 200 orang tu pun dah hebat dah kot. Aku punya blog pun ada berapa orang je yang setia mengikuti. Hahahaha. Terima kasih kepada semua yang menyokong diri ini!! Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Hehehe. Tu sebenarnya cara yang seeloknya untuk berterima kasih. Aku dengar ni dalam satu ceramah kot. Hahaha. Ustaz tu kata setakat terima kasih je takde makna sangat. Jadi, kita tambahlah doa sikit kat ucapan terima kasih kita tu. Supaya ada berkat yang boleh diterima oleh orang yang menerima terima kasih kita tu. (???Betul kot ayat aku tu, buat-buat faham jelah ye). Wallahualam.

Aku baru terdengar istilah ‘fashionista’ ni dari cik gehfren. Mengikut urban dictionary, fashionista tu “A person devoted to fashion clothing, particularly unique or high fashion. A person not to be called a fashionista would be someone who obsessively follows trends. REAL fashionistas do not believe in trends.” Ini link nya, http://www.urbandictionary.com/define.php?term=fashionista. Jadi, bolehlah kot dilabel blogger-blogger perempuan yang popular ni sebagai fashionista. Fesyen diorang, barang-barang jualan diorang mendapat ikutan dan sambutan ramai. Hana Tajima dan Yuna, haa… kan dah sebut jugak nama diorang, tapi takpe kot, diorang ni dah sangat-sangat terkenal dan dah keluar tv rancangan Safiyya, diorang antara fashionista yang mencipta trend pakaian baru-baru ni di Malaysia. Fesyen diorang muslimah, tudung lilit-lilit, baju kembang-kembang labuh-labuh, kira bagus la tu kan kalau menjadi ikutan para wanita di Malaysia ini.



Jadi, yang aku lukis ni aku taktau lah boleh dilabel sebagai fashionista ke fashion disaster ke atau tak cukup fashionista, biasa-biasa je ke. Cuma aku lukis apa yang aku bayang dalam kepala otak aku je. Stail lukisan corak bunga aku pun aku dah menambahbaik dari biasa-biasa kepada lebih artistik sikit. Sikit je lah, tak banyak. Itu pun sebab sumber lukisan corak bunga ni cik gehfren yang perkenalkan melalui kain yang dia beli untuk buat baju, maka aku pun tiru-tiru lah sikit. Hehehe. Pastu Owhowl! juga memberi inspirasi kepada rekabentuk aksesori-aksesori yang unik-unik. Tapi yang aku lukis ni biasa-biasa je kot.

Rekabentuk perempuan dalam lukisan ni konon-konon nya aku nak lukis agak realistik, tapi realistik kah? Macam stroke kartunis Ayour pun ada. Tapi konon-konon jugak nak tiru lukisan ‘Paradise Kiss’, Manga dan anime Jepun tu. Sesungguhnya lukisan dalam Manga dibantu oleh ‘Screening Tone’ atau ‘Screen Tone’ yang memberi corak kepada baju, dan ton warna kepada lukisan Manga tersebut. Jadi kalau macam ‘Paradise Kiss’ tu, corak-corak baju dia semuanya pakai si ‘Screen Tone’ tu. Corak bunga dan macam-macam lagi. Lukisan aku pulak corak-corak bunga tu aku lukis sendiri jadi tak berapa nak lawa sangatlah.

Aku pun pernah beli dulu-dulu kat KLCC, dua keping ‘Screen Tone’. Saiz dia setiap satu keping besar sikit dari A4. Saja konon-konon nak bagi ton warna kat komik yang aku lukis. Tapi akhirnya tak digunakan sebab sayang dan tak reti nak guna. Hahaha. Sayang sebab harga dia yang paling murah pun belasan ringgit Malaysia, dan yang aku beli tu pun memang yang paling murah pun. Ton warna kelabu. Jadi cara guna dia kita kena letak atas lukisan kita yang hitam putih tu, pastu toreh ‘Screen Tone’ tu guna pisau ikut lukisan kita, kemudian tampal atas lukisan kita tu. Dengan tangan aku yang tak berapa nak stabil ni, aku pun kurang yakinlah nak potong-potong ‘Screen Tone’ tu takut membazir. Nanti entri yang lain aku akan letak gambar alat-alat melukis komik yang aku dah pernah beli termasuk ‘Screen Tone’ tu.

Sekali lagi lukisan yang aku lukis ni hitam putih je. Nak edit guna Adobe Photoshop tapi malas. Mungkin lain kali aku edit lah, tambah warna. Sekarang aku cuma letak lukisan yang ‘raw’ saja. Mungkin juga kalau korang nak warnakan, silakanlah, pastu email kat aku ke, bagi aku tengok, lawa ke tak. Hehehe. Banyak lagi nak taip sebenarnya, tapi taknaklah taip banyak-banyak dulu. Ok!! Sekian dari saya, jumpa lagi!

Monday, December 27, 2010

The artwork of a monster


Hi there!!

It’s been a while…a while?? it has been a very long time since I last updated this blog. I am very sorry for keeping all of my fans waiting, craving for my new artwork.. gahahahaha!! Craving eh? Are you? Nope, don’t think so. Haha.. nevermind. What have I missed??.. hmm… the Spain won the World Cup, Malaysia’s Proton launched a new car called Inspira (not excited about it), our astronaut Sheikh Muzaffar is married to Dr Halina, Lin Dan won the Badminton in Asian Games by beating our own Lee Chong Wei, North Korea and South Korea are about to have a war, a really stupid malay male announced that he is gay in youtube, Harry Potter’s new movie (Harry Potter and the Deathly Hallows) has been released (love it!!), Maher Zain came to Malaysia to do a concert, a 12 year old male Grayson Chance phenomenon in the US (don’t really like his voice and his obsession to his hair like Justin Bieber), and many more. There were so many things have happened in 2010 and time sure flies.

Blogging is not as easy as I thought. Well, it's my fault to begin with because I wanted to do a blog on my own artwork. To draw something, I need to come up with an idea first. The idea, is very difficult to get these days. Sigh.. Maybe I should do a blog about my daily lives, like most of the famous bloggers do. But no, I don't want to. haha. I'm sticking with sharing my artwork to people. Ganbaro!!!

So, I’ve come up with a new artwork recently, an artwork of a monster. An ogre perhaps. I like drawing monsters. They are not attached to any real living things that we see every day. Their creations are mere imagination. I admire the drawing of monsters by the Japanese and the Western. They can draw anything, from the coolest monster to the most horrible ugly looking monster. And I am not saying about monsters like pokemon, Inuyasha, foster’s home for imaginary friends, monsters inc., cookie monster, Oscar, elmo, or even Teletubies!! I’m talking about scary, ugly, cool, terrifying looking monsters like for example from the Final Fantasy, WarCraft,Lord of the Rings, etc… I love WarCraft! Their drawings are filled with small details of accessories, muscles, veins, scars, strength, horror, and the lust of blood! Hahaha!!!.. Anyways, enjoy this drawing. This is all for now. I hope that I will have the strength and willingness to update this blog frequently.

Until next time.. See ya!!

Thursday, July 1, 2010

Bunga


Lukisan kali ini ialah lukisan seorang perempuan diselubungi bunga-bunga dan daun-daun. Kalau ada warna mungkin lebih menarik kot. Haha. Aku perlu belajar lebih la kot apa jenis bunga-bunga dan pokok-pokok yang ada di dunia ni, barulah boleh lukis lukisan yang berupa macam ni.

Alam ini adalah sangat indah. Tapi manusia-manusia yang tak bertanggungjawab merosakkan alam ini tanpa rasa serba salah. Bukit-bukau kat kampung halaman aku, Lembah Keramat, kepada yang tak tahu di mana lembah keramat ni, tempat ni dekat dengan wangsa maju, dekat juga dengan hulu kelang yang ada Zoo Negara tu, tempat lakonan cerita baru "Zoo" oleh Lan pet pet dan Lisa Surihani, dekat dengan Wangsa Walk (selalu jugak terperasan kawan-kawan facebook upload gambar berkaraoke di Wangsa Walk, macam tak sah pula kalau tak berkaraoke kalau pergi ke Wangsa Walk ni)...Ok, meleret pula cerita di mana Lembah Keramat. Pasal bukit-bukau kat kawasan aku tu, habis digondol, pastu buat bangunan tinggi-tinggi kat atas bukit yang digondol tu. Seram sejuk tengok bangunan-bangunan tu memikirkan kemungkinan yang bakal berlaku di masa depan. Sikap buang sampah sesuka hati tu dah menjadi kebiasaan mata aku dan banyak lagi orang di Malaysia ni. Salah aku kat sini adalah takde kekuatan nak menegur. Huhuhu..

Tiba-tiba cerita pasal alam sekitar pulak kat sini. Haha. Apakah kesinambungan dengan lukisan ini? Taktau lah ek. Mungkin sebab banyak daun dengan bunga kot. Takpelah, tengok lukisan ni, pastu buat intepretasi sendirilah ye.

Monday, June 21, 2010

Naga (Dragon)


OK, Salam semua.

Tadi baru lepas menonton piala dunia perlawanan antara Portugal dan Korea Utara. Menang besar Portugal, 7-0 tuu... Siap ada gol yang agak kelakar la. Mamak-mamak kat kedai mamak tu pun gelak-gelak juga. Hahaha.. Tapi okla tu Korea Utara dapat masuk piala dunia, negara-negara lain termasuk negara kita Malaysia yang tercinta ini, kenalah berusaha kuat. Tengok iklan kat TV tu yang "Malaysia layak ke sukan Olimpik!!" Tapi kita tak join sebab boikot ketika itu kalau tak silap sebab dasar Apartheid tu kot. Kalau salah harap betulkan!!

Ok, cerita selanjutnya. Lukisan kali ini ialah naga, atau bahasa inggeris nya "dragon". Naga merupakan haiwan mitos yang diceritakan hampir di setiap benua. Setiap benua ada interpretasi tersendiri tentang naga. Naga di Eropah digambarkan sangat besar, ganas, boleh menyembur api, bersayap dan tinggal di gua-gua gelap manakal naga di China pula berbentuk panjang seperti ular dan naga yang berkuku atau berjari lima melambangkan maharaja China. Keterangan lebih lanjut boleh didapati di Wikipedia dan buku Misteri Dunia hasil karangan Nasron Sira Rahim (buku pinjam dari Siti, dah lama pinjam tapi tak pulang-pulang lagi... Hehehe).

Kita juga, di Malaysia ada naga kita tersendiri iaitu naga tasik Chini. Tak ingat sangat ceritanya jadi kepada mereka yang nak tahu cerita naga tasik Chini tu bolehlah menonton teater klasik. Cerita kartun 3D yang baru keluar baru-baru ini, How to Train Your Dragon. Best giler cerita tu. Penggunaan watak naga yang baik, pengolahan cerita, dan ada aksi yang best, bagi aku cerita tu perfect lah. Haha..

Ok, mungkinlah lukisan ni ada iras-iras How to Train Your Dragon punya konsep tapi saja nak lukis sebab aku minat sangat nak lukis naga. Haha.. Sekian sahaja untuk kali ini.

Saturday, June 19, 2010

Black and White art


This is my first time blogging. I've created this blog just to show you guys my artworks, starting with this one. I really like drawing in black and white, it shows some simplicity in the artwork and if the artwork is really cool, plus the fact that the person is only using two colours, it adds the uniqueness of the artwork. COOL!! But by reading this, some of you might think, "Hey, this guy is saying all these things just because he does not know how to colour." Huhuhu.. You are right. I do not know how to colour. That is why I like to draw in black and white.

Since I started drawing, I have tried using magic pen, coloured pencils, water colour, and even poster colour. But they failed me, or I failed them. Either one, most of the times, I neglected to use many colours for my artwork. So I stick with black and white, they are reliable, simple, and they are the basic colours for manga!! Yeah.. I like manga. That is the main reason I draw.

The interest of drawing started when I read a comic made by my older brother's friend. He drew a comic that mimics Street Fighter. Both his drawing and the storyline was awesome!! I read it over and over again even the comic was drawn in a typical school notebook. That was the beginning of my interest in drawing.

I think that is enough for now. More stories will be coming soon as I post another artwork next time. Enjoy this artwork for now, and if you do not enjoy it, haha.. just ignore it. I am not a professional artist, not even a graduate from any art school, just a normal person with a drawing hobby. Well then, see you next time!!