Ads

Wednesday, February 16, 2011

Fashionista kah??

Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua!!

Ya!! Lukisan baru, entri baru! Tiba-tiba dapat ilham nak lukis gambar ni. Ilhamnya datang daripada blogger-blogger popular dan wanita-wanita di sekeliling. Yahaha! Mereka ni ada yang jual pakaian-pakaian dan aksesori perempuan secara online, menjadi model part time, entri-entri dan gambar-gambar yang diorang letak dalam blog diorang memang menarik dan memang diorang ni ada rupa. Ada rupa tu maksudnya cantik, lawa dan yang seumpama dengannya. Tapi taknak la letak nama-nama diorang kat blog aku tanpa kebenaran kan. Rasa-rasanya korang pun dah kenal dengan blogger-blogger perempuan yang popular ni, yang ‘follower’ diorang lebih daripada 20, 000 orang! Tapi lebih 200 orang tu pun dah hebat dah kot. Aku punya blog pun ada berapa orang je yang setia mengikuti. Hahahaha. Terima kasih kepada semua yang menyokong diri ini!! Semoga anda semua dimurahkan rezeki dan dimurahkan rezeki oleh Allah. Hehehe. Tu sebenarnya cara yang seeloknya untuk berterima kasih. Aku dengar ni dalam satu ceramah kot. Hahaha. Ustaz tu kata setakat terima kasih je takde makna sangat. Jadi, kita tambahlah doa sikit kat ucapan terima kasih kita tu. Supaya ada berkat yang boleh diterima oleh orang yang menerima terima kasih kita tu. (???Betul kot ayat aku tu, buat-buat faham jelah ye). Wallahualam.

Aku baru terdengar istilah ‘fashionista’ ni dari cik gehfren. Mengikut urban dictionary, fashionista tu “A person devoted to fashion clothing, particularly unique or high fashion. A person not to be called a fashionista would be someone who obsessively follows trends. REAL fashionistas do not believe in trends.” Ini link nya, http://www.urbandictionary.com/define.php?term=fashionista. Jadi, bolehlah kot dilabel blogger-blogger perempuan yang popular ni sebagai fashionista. Fesyen diorang, barang-barang jualan diorang mendapat ikutan dan sambutan ramai. Hana Tajima dan Yuna, haa… kan dah sebut jugak nama diorang, tapi takpe kot, diorang ni dah sangat-sangat terkenal dan dah keluar tv rancangan Safiyya, diorang antara fashionista yang mencipta trend pakaian baru-baru ni di Malaysia. Fesyen diorang muslimah, tudung lilit-lilit, baju kembang-kembang labuh-labuh, kira bagus la tu kan kalau menjadi ikutan para wanita di Malaysia ini.



Jadi, yang aku lukis ni aku taktau lah boleh dilabel sebagai fashionista ke fashion disaster ke atau tak cukup fashionista, biasa-biasa je ke. Cuma aku lukis apa yang aku bayang dalam kepala otak aku je. Stail lukisan corak bunga aku pun aku dah menambahbaik dari biasa-biasa kepada lebih artistik sikit. Sikit je lah, tak banyak. Itu pun sebab sumber lukisan corak bunga ni cik gehfren yang perkenalkan melalui kain yang dia beli untuk buat baju, maka aku pun tiru-tiru lah sikit. Hehehe. Pastu Owhowl! juga memberi inspirasi kepada rekabentuk aksesori-aksesori yang unik-unik. Tapi yang aku lukis ni biasa-biasa je kot.

Rekabentuk perempuan dalam lukisan ni konon-konon nya aku nak lukis agak realistik, tapi realistik kah? Macam stroke kartunis Ayour pun ada. Tapi konon-konon jugak nak tiru lukisan ‘Paradise Kiss’, Manga dan anime Jepun tu. Sesungguhnya lukisan dalam Manga dibantu oleh ‘Screening Tone’ atau ‘Screen Tone’ yang memberi corak kepada baju, dan ton warna kepada lukisan Manga tersebut. Jadi kalau macam ‘Paradise Kiss’ tu, corak-corak baju dia semuanya pakai si ‘Screen Tone’ tu. Corak bunga dan macam-macam lagi. Lukisan aku pulak corak-corak bunga tu aku lukis sendiri jadi tak berapa nak lawa sangatlah.

Aku pun pernah beli dulu-dulu kat KLCC, dua keping ‘Screen Tone’. Saiz dia setiap satu keping besar sikit dari A4. Saja konon-konon nak bagi ton warna kat komik yang aku lukis. Tapi akhirnya tak digunakan sebab sayang dan tak reti nak guna. Hahaha. Sayang sebab harga dia yang paling murah pun belasan ringgit Malaysia, dan yang aku beli tu pun memang yang paling murah pun. Ton warna kelabu. Jadi cara guna dia kita kena letak atas lukisan kita yang hitam putih tu, pastu toreh ‘Screen Tone’ tu guna pisau ikut lukisan kita, kemudian tampal atas lukisan kita tu. Dengan tangan aku yang tak berapa nak stabil ni, aku pun kurang yakinlah nak potong-potong ‘Screen Tone’ tu takut membazir. Nanti entri yang lain aku akan letak gambar alat-alat melukis komik yang aku dah pernah beli termasuk ‘Screen Tone’ tu.

Sekali lagi lukisan yang aku lukis ni hitam putih je. Nak edit guna Adobe Photoshop tapi malas. Mungkin lain kali aku edit lah, tambah warna. Sekarang aku cuma letak lukisan yang ‘raw’ saja. Mungkin juga kalau korang nak warnakan, silakanlah, pastu email kat aku ke, bagi aku tengok, lawa ke tak. Hehehe. Banyak lagi nak taip sebenarnya, tapi taknaklah taip banyak-banyak dulu. Ok!! Sekian dari saya, jumpa lagi!

1 comment:

  1. Nisa lihat wanita bertudung juga sudah pandai mengenakan pakaian mengikut fashion - ada yang terlampau dan ada pula yang tidak. Namun, Nisa masih berpegang dengan prinsip less is more or simplicity.

    ReplyDelete